Melalui laporan Berita Harian, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Katanya ketika ditemubual oleh pihak media, tindakan kerajaan mewujudkan Akaun 3 ini sememangnya tidak berkesan.
Ramai yang mengeluarkan Akaun 3 ini bukan dari golongan susah sebaliknya untuk membiayai aktiviti mewah yang tidak diperlukan.
Bagaimanapun, Wan Saiful tetap mengakui bahawa simpanan untuk masa tua sangat diperlukan untuk setiap individu.
Mereka perlukan bantuan hari ini bukan tunggu sampai umur 50 atau 55 tahun baru nak keluarkan duit KWSP. Mana adilnya kalau kita paksa mereka untuk mohon bantuan sara hidup.
Susulan itu, beliau memohon agar pihak kerajaan mempertimbangkan semula rayuan ribuan orang yang memohon pengeluaran secara bersasar.