“Yang Kecil Macam Rina, Besar Ni Macam Maryam Punya” – Ryzal DurianKimchi Dikecam Buat Lawak ‘Double Meaning’

Kehidupan

“Yang Kecil Macam Rina, Besar Ni Macam Maryam Punya” – Ryzal DurianKimchi Dikecam Buat Lawak ‘Double Meaning’

Pensohor media sosial, Ryzal Ibrahim dikecam warga maya hari ini gara-gara videonya membuat lawak berunsur lucah menjadi tular di aplikasi X.

Dalam video itu, Ryzal bersama-sama isterinya, Maryam Nurr dilihat sedang membeli-belah barang keperluan rumah.

Advertisement

Maryam kemudian berkongsi tips memilih buah tembikai yang manis dan mempunyai isi yang elok.

Garis nipis dan besar. Kalau garis pada tembikai itu besar, lagi sedap.

Satu lagi, tapak pada bahagian bawah tembikai. Kalau besar tak sedap, tapi kalau kecil sedap.

Ryzal kemudian dilihat menepuk-nepuk buah tembikai dan bergurau mengenai saiz buah itu.

Kalau yang kecil tu macam Rina, besar ni macam Maryam punya.

Gara-gara kenyataan itu, netizen mula meninggalkan kritikan buat Ryzal kerana dianggap tidak sensitif apatah lagi melibatkan makanan.

Bini bagi tips elok dah, laki sibuk buat lawak lucah.

Dengan makanan pun dia nak sexualised.

Sekadar info Ryzal dan Maryam mula dikenali ramai di YouTube menerusi saluran DurianKimchi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Allahuakbar, Sampai Macam Ni Awak Buka Aib Saya Dan Arwah” – Peminat Sukan Terlalu Taksub Dikritik ‘Sentuh’ Hal Peribadi Wartawan Sukan Hafizal Hamad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...