Meskipun mempunyai suami yang kukuh dari segi kewangan, pelakon Elvina Mohamad memberitahu bahawa perkara tersebut tidak boleh dijadikan tiket untuk wanita ‘goyang kaki’ dan terlalu selesa dengan kehidupan.
Katanya lagi, kaum wanita harus pintar dan belajar untuk hidup berdikari dan tidak terlalu bergantung pada suami.
View this post on Instagram
Pendapat itu diutarakan Elvina apabila dia dihujani soalan daripada peminat yang bertanyakan mengapa dia masih bekerja sebagai seorang pelakon meskipun berkahwin dengan seorang usahawan yang bergelar datuk.
“Saya selalu dapat soalan seperti ini, ‘kenapa nak berlakon lagi, kan suami dah kaya’, atau ‘kenapa susah-susah nak buat bisnes kan suami kau dah kaya, minta sajalah suami kau duit’. Yang kaya itu suami saya, bukan saya! kalau suami dah kaya tak boleh kerja lah? tak boleh berlakon? tak boleh nak berniaga sendiri? apalah orang yang mentaliti macam ni..”
Ujar pelakon Takdir Yang Tertulis ini lagi, wanita di luar sana perlu merancang masa depan kerana langit itu tidak selalunya cerah dan pelbagai kemungkinan boleh sahaja berlaku di masa hadapan kelak.
View this post on Instagram
Tambah Elvina, dia bukanlah sejenis orang yang gemar duduk rumah ‘goyang kaki’ dan mengharapkan duit suami untuk melakukan sesuatu.
Sekadar info, Elvina Mohamad telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Mohd Haniff Borhan pada Mac 2018 yang lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen yang kini berusia empat tahun.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.