Baru-baru ini, kecoh di media sosial isu perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan selebriti dan instafamous yang merentas negeri. Ekoran isu tersebut, tersebar pula keratan notis daripada sebuah balai menuntut sesiapa yang ingin merentas diri mengemukan bukti kukuh termasuk jadual aktiviti harian.
Terbaru, penyanyi lagenda, Dato’ Hattan menerusi hantaran terbaru di Instagram menyelar sikap tidak bertanggungjawab selebriti dan instafamous yang menyalahgunakan kebenaran yang diberi pihak berkuasa.
View this post on Instagram
Besok kau salahkan polis. Ini apa puncanya? Bukan salah dorang, puncanya sikap instafamous dan selebriti. Engkau dah dapat kebenaran, mana kau nak mentubong, mana engkau nak melingkup engkau punya pasal. Bila engkau dapat kebenaran, kau pandai-pandailah jaga. Yang pergi upload semua benda pasal apa? Ini jadinya sikap tidak bertanggungjawab, cuba fikir secara waras. Gemar menunjuk-nunjuk.
Allahu akbar. Kesianlah orang semua, ramadan dah dekat, raya dah dekat. Silap-silap semua tak dapat balik kampung. Puncanya? Benda-benda bangang macam ni la. Cuba kau fikir secara waras. Berhentilah perasaan kita ni instafamous, kita ni selebriti. Orang lain pun popular je.
Katanya lagi, sikap menunjuk-nunjuk golongan ini telah memburukkan lagi keadaan. Hattan menyeru selebriti atau instafamous berfikir secara waras sebelum melakukan sesuatu. Sebaiknya mereka menjaga dengan baik kebenaran merentas negeri yang diluluskan.
Di ruangan komen, netizen menyokong penuh pendapat yang dilontarkan penyanyi ‘Rendang Tak Berbuah’ ini. Sebagai seorang yang patuh kepada SOP, netizen ‘meluat’ melihat sikap segelintir selebriti dan instafamous bangga ‘menayang’ aktiviti merentas negeri.