“Yang Kau Tahu Buat Macho..” – Suami Abby Abadi Dedah Pernah Tampar Aslam, Anggap Menantu Tak Bertanggungjawab

Hiburan

“Yang Kau Tahu Buat Macho..” – Suami Abby Abadi Dedah Pernah Tampar Aslam, Anggap Menantu Tak Bertanggungjawab

Suami kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria menerusi aplikasi threads memaklumkan dia pernah memberi amaran kepada Aslam agar berhenti menganggu anak tirinya, Marissa sebelum keduanya bernikah secara rahsia di Thailand.

Malah, Faizal atau lebih mesra disapa sebagai Jai mengakui ada menampar Aslam kerana kurang senang dengan tindakan menantunya itu.

Advertisement

suami abby abadi

Aslam oh Aslam, selama ni aku diam saja fasal apa kau buat. Dari awal kes kantori aku sudah lempang kau siap amaran lagi. Sampailah kejadian tu. Aku tak nak cerita fasal tu.

Faizal juga menyifatkan Aslam sebagai seorang yang berlagak dan menantu tidak bertanggungjawab kerana tidak pernah memohon maaf.

Yang kau tahu buat ‘macho’ seolah-olah tidak ada kesalahan. Kau memang tak ada tanggungjawab pun. Kau ingat setiap apa yang berlaku boleh hilang macam itu saja ke?

Terdahulu, Aslam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Abby setelah penyanyi itu mahu dia melakukannya secara terbuka.

Konflik mula tercetus apabila Abby tampil memberi respon terhadap tindakan segelintir individu yang memintanya untuk memohon maaf kepada madu anaknya, Umisya Mazlan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abby 'sound' aslam
1 day ago

"Bila Minta Maaf Tu? Orang Maki Hamun Anak Saya Kenapa Tak Pernah Pertahankan" - Abby Abadi 'Sound' Aslam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...