Nampaknya, Zarina Anjoulie atau Anju kembali ‘menyerang balas’ kenyataan Fathia Latiff terhadapnya sebelum ini berhubung dakwaan menagih dadah.
Malas nak layan drama Fathia
Menerusi Instagram story, Anju akui malas untuk melayan drama yang dicipta oleh Fathia ini dan yakin bahawa aktres tersebut tak boleh handle jika isu mereka berpanjangan.
Aku malas layan drama ni, kau nak perhatian kau ambillah tapi aku tahu kau tak boleh handle kalau aku balas. So, I’m not going to entertain this nonsense.
“Jangan lah act like kau pun tak mendadah juga”
Bagaimanapun, Anju turut menyelar kata-kata Fathia tentang dadah selepas berasa annoyed dengan aktres tersebut yang seperti bercakap dengan cermin.
Kata Anju, ia sangat menjengkelkan apabila Fathia mengaitkan dirinya dengan pengambilan dadah kerana dia sendiri turut berbuat perkara yang sama.
Janganlah act like kau pun tak mendadah juga. Janganlah berlakon. Kau pun tarik dadah, tapi nak acah suci. Kalau kau tak mendadah takpe, masalah kau pun penagih juga. Lepas tu nak cakap orang sl*t, yang kau kena gembeng dengan dua adik beradik dekat house party tu apa?