“Yang Kata Tiga, Empat ‘Round’ Tu… Astaghfirullah…” – Bekas Atlet Paralimpik Tampil Nafi Kenyataan Bekas Isteri, Sedia Bawa Ke Mahkamah

Trending

“Yang Kata Tiga, Empat ‘Round’ Tu… Astaghfirullah…” – Bekas Atlet Paralimpik Tampil Nafi Kenyataan Bekas Isteri, Sedia Bawa Ke Mahkamah

Pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN, Anas Zul Amirul Sidi, tampil mempertahankan diri selepas dakwaan bekas isterinya, Suffi Sofea, tular dan mencetuskan perbincangan hangat.

Dalam kenyataannya kepada Gempak, Anas berkata isu sinki retak, pintu pecah dan dakwaan lain bukanlah seperti digambarkan Suffi. Jelasnya, sinki yang didakwa “pecah akibat dipukul” sebenarnya retak selepas dia tergelincir dan berpaut pada sinki berkenaan.

Advertisement

Saya memang menafikan semua dakwaannya terhadap saya. Sinki itu tak pecah pun, saya tergelincir dan berpaut. Kalau benar pecah, mesti pecah habis.

Mengenai pintu rumah yang rosak, Anas berkata insiden itu berlaku susulan pertengkaran selepas dia mendakwa Suffi “menjaja aibnya” kepada orang lain.

Saya pecahkan pintu sebab dia tak beri kerjasama dan saya tanya kenapa dia menjaja aib saya.

Anas turut menyangkal dakwaan bahawa dia mempunyai keinginan seksual melampau seperti yang didakwa bekas isterinya itu.

Yang kata tiga ke empat round itu… astaghfirullah. Itu memang saya menafikan. Kalau saya ini gila seks la kan, saya rasa saya akan kahwin dua, tiga, empat orang.

Katanya, perincian yang dibuat Suffi mengenai hubungan intim mereka benar-benar memalukan dirinya selain mencalarkan reputasinya sebagai bekas atlet negara.

“Pejabat Agama Mana Luluskan Ni?” – Bekas Atlet Kena ‘Anxiety Attack’ Lihat Foto Perkahwinan Bekas Suami, Dakwa Idah Talak Belum Tamat

Selepas kenyataan itu, satu Malaysia mengganggu saya, kerjaya dan keluarga saya. Dia telah merosakkan nama saya.

Disebabkan dakwaan tersebut semakin melarat, Anas memaklumkan beliau telah membuat dua laporan polis dan telah berbincang dengan peguam bagi mengeluarkan surat tuntutan (LOD) terhadap bekas isterinya.

“Saya pun dah buat laporan polis. Dia juga kaitkan isteri baharu serta ibu bapa saya. Jadi… see you in court!” tegasnya lagi.

Dalam masa sama, Anas turut menafikan segala dakwaan lain termasuk isu nafkah, telefon bimbit dan motosikal seperti yang tular sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bekas atlet
2025-11-24 09:41:03

"Pejabat Agama Mana Luluskan Ni?" - Bekas Atlet Kena 'Anxiety Attack' Lihat Foto Perkahwinan Bekas Suami, Dakwa Idah Talak Belum Tamat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...