Syarikat pengilang tudung, Obor Holding Sdn. Bhd., telah mengesahkan bahawa syarikat milik pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura Sharifuddin, mempunyai tunggakan hutang hampir RM4.65 juta terhadap pihak mereka, memetik HibGlam.
Pengasas Obor Holding, Lim Boon Hai, 42, memaklumkan kepada HibGlam bahawa tindakan undang-undang telah diambil selepas syarikat Fazura, FazFit dan Pink Fate, enggan memberikan kerjasama.

Pengasas Obor Holding bersama staff.
Kami dah failkan kes ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bulan lalu (April). Sudah menghantar notis kepada syarikat milik selebriti terbabit namun tidak langsung mendapat respons.
Saya tidak menyangka dilayan seperti ini. Memang sukar untuk menuntut hutang sejak penghujung 2023 daripada (pihaknya).
Beliau menjelaskan bahawa pelbagai usaha telah dilakukan untuk menghubungi pihak Fazura, namun tiada respon yang memuaskan diterima. Situasi ini dikatakan memberi kesan ketara kepada kedudukan kewangan Obor Holding dan syarikat di bawahnya, Feline.
Lim atau lebih dikenali sebagai Sam turut mendakwa bahawa pihaknya hanya menerima pelbagai janji palsu sejak dua tahun lalu.
Janji nak bayar tapi apa yang kami dapat hanyalah janji-janji kosong. Saya takkan ke depan (cerita pada media), andai semua dakwaan tidak benar.
Saya memang tak sangka orang sepopular dan sehebat Fazura sanggup membuat kami tertunggu-tunggu bagai buah tak gugur mendapatkan hak kami sebagai pengilang tudung.”
Beliau turut memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan individu berpengaruh.
Tambah beliau lagi, pihaknya juga pernah menerima cek tendang berjumlah RM1 juta daripada syarikat milik Fazura.
Media sebelum ini melaporkan Feline Malaysia telah membekalkan tudung bernilai RM7.3 juta kepada syarikat Fazura sejak Jun 2022, namun hanya RM2.68 juta dijelaskan, meninggalkan tunggakan RM4.65 juta. Masalah bayaran difahamkan mula timbul sejak Disember 2023.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.