“Yang Kaki ‘Club’, Gugurkan Anak Bukan Aku, Tapi Kau” – Puteri Balqis Tuntut Permohonan Maaf Mia Sara Nasuha

Hiburan

“Yang Kaki ‘Club’, Gugurkan Anak Bukan Aku, Tapi Kau” – Puteri Balqis Tuntut Permohonan Maaf Mia Sara Nasuha

Pelakon, Puteri Balqis, tampil lantang menuntut permohonan maaf daripada aktres dan pempengaruh, Mia Sara Nasuha, susulan dakwaan memburukkan ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish mendakwa pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan terhadap ibunya adalah tidak benar sama sekali, malah menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu bentuk fitnah.

Advertisement

Puteri Balqis

“Mohon maaf dengan mak aku. Kau mampu jawab dengan mak aku?”

“Yang kaki club bukan mak aku. Yang kaki botol bukan mak aku. Yang makan dadah bukan mak aku,” tulisnya.

Aqish menegaskan ibunya bukan individu yang mengamalkan gaya hidup bebas seperti berhibur di kelab malam atau mengambil minuman keras, seperti yang didakwa sebelum ini.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Keluarga Itu itu turut menyentuh dakwaan serius berkaitan isu pengguguran kandungan yang didakwa melibatkan Mia Sara, namun tidak menyertakan sebarang bukti lanjut berhubung perkara tersebut.

“Kau Beria Menangis Depan Wartawan, ‘Open Bottle’ Ramai-Ramai Kat Club” – Puteri Balqis Ajak Mia Sara ‘Face To Face’

“Yang gugurkan anak bukan aku, tapi kau,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Puteri Balqis menyeru nama Mia Sara Nasuha selepas mendakwa aktres tersebut pernah memburukkan ibunya secara terbuka, selain meninggalkan tanda suka pada komen-komen berunsur hinaan terhadap dirinya dan keluarga.

Kontroversi itu turut memetik dakwaan seorang krew produksi yang pernah bekerjasama dengan kedua-dua pelakon berkenaan, yang mendakwa terdengar perbualan menghina melibatkan Mia Sara dan seorang lagi pelakon, Rykarl, terhadap Puteri Balqis.

Setakat ini, Mia Sara Nasuha masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan yang dibuat oleh Puteri Balqis dan keluarganya. Isu ini terus menjadi perbualan hangat di media sosial, dengan ramai netizen menyeru agar perkara tersebut diselesaikan secara tertutup dan berhemah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mia sara nasuha
2026-01-23 09:10:34

"Kau Beria Menangis Depan Wartawan, 'Open Bottle' Ramai-Ramai Kat Club" - Puteri Balqis Ajak Mia Sara 'Face To Face'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...