Sedia maklum, isu melibatkan ikon permotoran, Haqiem Stopa didakwa ‘beli’ pekerja usahawan dessert dikenali ramai, Auntie Ja masih menjadi bualan hangat di media sosial.
Isteri Haqiem Stop luah rasa kesal
Bukan saja Haqiem, malah isterinya, Aireen Sofia turut menjadi perhatian ramai, lagi-lagi selepas dia memuat naik luahan kesal yang dipercayai dituju buat suaminya.
Dalam hantaran luahan tersebut, Aireen menulis semula dialog di dalam live Haqiem yang seolah-olah tidak mempertahankan air mukanya ketika dihina oleh orang lain, sedangkan sebagai suami sepatutnya dia mempertahankan isteri.
View on Threads
Yang makan ubat dan gila ni lah yang beria-ria kau nak kahwin dulu. Bila dah dapat, kau biar orang hina mak kepada anak kau.
“Aku ingat sampai mati!”
Susulan berasa berang dengan tindakan suami yang hanya senyum sinis ketika dia dihina orang lain, Aireen berkata dia akan mengingati hal tersebut hingga akhir hayat.
Terima kasih, aku akan ingat sampai MATI.
Sekadar info, sebelum ini, Aireen ada memuat naik hantaran dengan memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melibatkan anaknya di dalam isu yang sedang berlaku.