Yang Dipertuan Agong Perkenan Cadangan Kerajaan Baru Tun M

Trending

Yang Dipertuan Agong Perkenan Cadangan Kerajaan Baru Tun M

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberikan perkenan dengan pelan gabungan parti politik baharu dan senarai pentadbiran baharu yang diusulkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir menurut sumber.

The Capital Post  (TCP) melaporkan, Tun Mahathir telah mempersembahkan cadangan penubuhan kerajaan baharu dengan kemasukan Parti UMNO, PAS, Warisan dan GPS manakala Parti DAP, PKR dan PAN digugurkan daripada Gabungan Pakatan Harapan.

Advertisement

Menteri Ekonomi Malaysia, YB Datuk Seri Azmin Ali, dijangka akan keluar parti PKR bersama wakil rakyat mereka dan akan menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir untuk menubuhkan Kerajaan baharu seterusnya kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Menurut sumber TCP, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memohon pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang menyokong Tun Dr Mahathir untuk hadir menyatakan sendiri kesediaan parti-parti tersebut untuk menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir.

Turut dilihat beberapa pemimpin-pemimpin parti seperti Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Shafie Afdal, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg masuk kedalam perkarangan Istana Negara dipercayai untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Menurut sumber TCP juga Tun Mahathir mempunyai lebih daripada 130 sokongan dari wakil rakyat dan ianya untuk menumbuhkan kerajaan campuran yang baharu. – amazingnara.com via The Capital Post

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...