Yang Dipertuan Agong Mencemar Duli Turun Padang Tinjau Keadaan Di Sekitar Kuala Lumpur

Trending

Yang Dipertuan Agong Mencemar Duli Turun Padang Tinjau Keadaan Di Sekitar Kuala Lumpur

Hari ini merupakan hari ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Sebentar tadi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli dengan meninjau keadaan sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi posting video yang telah dimuat naik dari instagram rasmi Istana Negara memaparkan Yang di-Pertuan Agong, memandu sendiri kenderaan yang dinaiki bersama anakandanya.

Advertisement

 Perhatikan banyak lagi kenderaan di jalan raya. Ini sesuatu yang tidak baik dan saya harap ini dapat dikurangkan secepat mungkin untuk kebaikan bersama masyarakat Malaysia khususnya di Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, menerusi posting lain pula mendapati YDPA turut mengikuti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melakukan roadblock (sekatan jalan) di beberapa jalan di Kuala Lumpur, untuk melihat sendiri bagaimana operasi tersebut dijalankan. Baginda juga memberi nasihat kepada orang ramai agar mematuhi arahan kerajaan untuk duduk di rumah.

Menurut posting tersebut mendapati YDPA telah menghabiskan masa selama 30 minit berada di Jalan Semantan, Jalan Hartamas and Jalan Tun H S Lee di Kuala Lumpur. Baginda juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan polis yang bertugas membendung penularan COVID-19.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.