Hari ini merupakan hari ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Sebentar tadi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli dengan meninjau keadaan sekitar Kuala Lumpur.
Menerusi posting video yang telah dimuat naik dari instagram rasmi Istana Negara memaparkan Yang di-Pertuan Agong, memandu sendiri kenderaan yang dinaiki bersama anakandanya.
Perhatikan banyak lagi kenderaan di jalan raya. Ini sesuatu yang tidak baik dan saya harap ini dapat dikurangkan secepat mungkin untuk kebaikan bersama masyarakat Malaysia khususnya di Kuala Lumpur.
Bukan itu sahaja, menerusi posting lain pula mendapati YDPA turut mengikuti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melakukan roadblock (sekatan jalan) di beberapa jalan di Kuala Lumpur, untuk melihat sendiri bagaimana operasi tersebut dijalankan. Baginda juga memberi nasihat kepada orang ramai agar mematuhi arahan kerajaan untuk duduk di rumah.
The Yang di-Pertuan Agong spent about 30 minutes at roadblocks at Jalan Semantan, Jalan Hartamas and Jalan Tun H S Lee in Kuala Lumpur to see first hand, how operations are and to advise motorists to adhere to the government’s Movement Control Order. pic.twitter.com/LLpeImMWyd
— Astro Radio News (@AstroRadioNews) March 20, 2020
Menurut posting tersebut mendapati YDPA telah menghabiskan masa selama 30 minit berada di Jalan Semantan, Jalan Hartamas and Jalan Tun H S Lee di Kuala Lumpur. Baginda juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan polis yang bertugas membendung penularan COVID-19.