“Yang Dihantar Itu Anak-Anak Aku, Nyawa Aku..” – Puteri Sarah Tak Kisah Rutin Setiap Hari Perlu Hantar Anak-Anak Ke Sekolah

Hiburan

“Yang Dihantar Itu Anak-Anak Aku, Nyawa Aku..” – Puteri Sarah Tak Kisah Rutin Setiap Hari Perlu Hantar Anak-Anak Ke Sekolah

Aktres sensasi Puteri Sarah Liyana berkata dirinya sanggup berulang-alik menghantar dan mengambil anak-anaknya walaupun dirinya sibuk dengan pekerjaan dan mampu untuk mengupah pemandu.

Rutin harian Sarah

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman TikTok, Sarah mendedahkan rutin hariannya yang menarik perhatian netizen. Katanya, rutinnya setiap pagi adalah sama dengan menghantar kedua-dua anaknya ke sekolah.

Advertisement

Sekarang ini rutin saya pagi-pagi selepas bangun subuh, saya akan kejutkan Syaikhul bangun tidur dan suruh dia mandi. Kadang-kadang dia menangis, saya mandikan dan siapkan dia kemudian hantar pergi sekolah.

 

Dah hantar Syaikhul pergi sekolah, saya akan telefon Sumayyah pula sama ada dia sudah siap atau belum dan hantar pula dia (ke sekolah). Sebab masa lain-lain, Syaikul pula dah masuk darjah satu.

Demi keselamatan anak-anak

Tambahan pula, Sarah juga memberitahu dia sanggup melalukan rutin itu setiap pagi  demi menjaga keselamatan anak-anaknya. Menurut pelakon ini, dia tidak sanggup sekiranya terjadi sebarang kemalangan semasa mereka tidak dihantar oleh Sarah sendiri.

Memang boleh cari pemandu tapi yang dia dihantar itu adalah anak-anak aku, nyawa aku, tak boleh kalau jadi apa-apa kemalangan ke. Saya akan rasa bersalah seumur hidup.

 

Kalau tak saya, acu atau mak akan hantar.

@inayahbeautytrading Sarah memang wanita hebat🥰#fyp #puterisarahliyana #puterisarah #andiarsyil #berryfull #gattox #fypシ #fypage #fypシ゚viral 

Sekadar info, Sarah dan pelakon Syamsul Yusof pernah mendirikan rumah tanga pada 8 Mac 2014 sebelum bercerai dengan talak satu pad 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

datin patimah
7 months ago

(VIDEO) "Saya Beritahu Dia Syamsul Akan Balik..” - Datin Patimah Rasa Terhutang Janji Dengan Puteri Sarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...