Baru-baru ini timbul perbalahan di antara peminat-peminat penyanyi terkemuka Aina Abdul dan Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila masing-masing ingin penyanyi mereka digelar penyanyi nombor satu di Malaysia.
Susulan itu, tuan badan sendiri, Aina Abdul akui malu apabila digelar penyanyi nombor satu Malaysia oleh peminat-peminatnya kerana baginya, Aina tidak mahu bersaing dan dibandingkan lagi-lagi bersama penyanyi senior.
Bila saya baca, saya sendiri malu. Saya tak setuju dibandingkan dengan figura hebat sepertinya.
Mereka kena sedar penyanyi yang dibandingkan tu idola saya sendiri.
View this post on Instagram
Kata pelantun lagu Terus Hidup itu, dia mengaku dirinya masih belum sampai ke tahap untuk dibandingkan dengan Siti Nurhaliza. Tidak pernah terlintas untuk melabel diri sendiri di mana-mana nombor ujarnya.
Tambahan pula, Aina berasa tidak senang hati dengan peminatnya sendiri yang menjadikan ini satu isu walhal mereka sendiri sudah tahu bagaimana hebat dan dihormati Tok Ti itu hingga ke peringkat antarabangsa. Kerana itu, Aina meminta agar para peminat tidak memanjangkan lagi isu ini.
Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.