Melalui kenyataan panjang lebar di Instagram, pelakon Nabila Huda meluahkan rasa kecewa terhadap netizen yang tidak berhenti mencari kesalahan artis dan mengecam mereka. Abil tidak tahan melihat rakan artis lain terus dicaci dan ditindas oleh netizen.
Lebih teruk, ramai yang melihat segala keburukan itu datang daripada golongan artis dan mereka sering dilabel jahat. Abil juga menyeru supaya golongan artis berhenti memohon maaf kepada netizen kerana tiada orang akan hargai.
Kata Abil, artis tetap manusia biasa yang tidak sempurna dan pasti akan melakukan kesilapan namun apa yang berbeza mereka dikenali ramai. Pada masa yang sama, Abil sempat berpesan kepada rakan artis untuk tidak lagi berkongsi apa-apa cerita peribadi di media sosial.
Marah benar nampaknya Abil, segala yang terpendam selama ini diluahkan habis-habisan. Namun, ada juga betulny kata beliau, artis juga manusia biasa yang akan melakukan kesalahan jadi kita tidak boleh terus menjatuhkan hukuman kepada mereka. Tegur itu boleh tetapi janganlah kecam teruk sangat.