“Yang Beriman Je Nampak Kereta Dia” – Geng Tabligh ‘Drive-Thru’ Tanpa Kereta Buat Netizen Terhibur

Kehidupan

“Yang Beriman Je Nampak Kereta Dia” – Geng Tabligh ‘Drive-Thru’ Tanpa Kereta Buat Netizen Terhibur

Biasanya yang kita tahu laluan pandu lalu atau drive-thru ini digunakan untuk pelanggan menjimatkan masa tanpa keluar dari kereta kerana mahu membungkus makanan di mana-mana restoran yang menyediakannya.

Namun, lain pula untuk geng tabligh yang direkodkan oleh seorang pengguna di TikTok ini, dapat dilihat mereka melalui laluan pandu lalu itu tetapi hanya berjalan kaki tanpa menggunakan kereta.

Advertisement

Hal yang dilakukan itu telah membuat ramai netizen yang terhibur serta pecah perut melihatnya.

Meninjau di ruangan komen video itu, rata-rata netizen tergelak melihat gelagat geng tabligh terbabit, malah ada yang bergurau dengan mengatakan hanya orang beriman saja yang boleh melihat kereta mereka.

komen tiktok

Dalam pada masa yang sama, ada juga menggantikan perkataan drive-thru kepada walk-thru ekoran tindakan sekumpulan tabligh itu hanya berjalan kaki ketika membuat pesanan makanan di laluan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

suami madu 4
2 years ago

Netizen Kagum 4 Madu Dibelikan Satu Kereta Setiap Rumah, Ikut Giliran Jemput Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...