Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin menerusi sebuah entri di akaun Instagramnnya mendedahkan bahawa suaminya, Fadzil Zahari pernah berimpian untuk memiliki anak yang ramai namun kini sudah pun berubah fikiran.
Yana dalam entri tersebut turut berkongsikan situasi dan keadaan suaminya kini yang lebih rajin serta ringan tulang dalam menjaga anak-anak meskipun sudah lewat malam.
Tambah pelakon Bini-Biniku Gangster ini lagi, Fadzil pernah memberitahu bahawa dia tidak kisah mempunyai anak yang ramai kerana inginkan suasana rumah lebih meriah dengan telatah kanak-kanak ketika sebelum dia melahirkan anak keduanya itu.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, selepas kedua-dua anaknya dilahirkan, adik kepada Farid Kamil ini telah bertukar pendapat dan menganggap memiliki dua orang cahaya mata sudah pun memadai buat dirinya.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan gelagat suami isteri itu yang kini bahagia dengan kehadiran dua orang cahaya mata iaitu Aisy Mateen dan anak perempuan yang selamat dilahirkan pada November lalu.