Yana Samsudin Tidak Setuju Dengan Wanita Selfie Susukan Anak

Hiburan

Yana Samsudin Tidak Setuju Dengan Wanita Selfie Susukan Anak

Lagi mengenai isu menyusukan anak, tidak kami nafikan ia antara isu yang mendapat perhatian rakyat Malaysia mengalahkan isu politik sepanjang beberapa hari ini.

Advertisement

Tindakan beberapa wanita yang bergelar ibu memuat naik foto selfie  ketika sedang menyusukan anak mereka tanpa menutup bahagian dada, membuatkan aktres Yana Samsudin kurang selesa dan menganggap ia sebagai satu perkara yang kurang manis untuk dipertontonkan.

Walaupun saya belum berpengalaman menjadi seorang ibu, saya gembira melihat ramai wanita mula sedar mengenai kepentingan menyusukan anak sendiri (breastfeeding) dan saya harap satu hari nanti saya juga dapat berbuat demikian.

Cuma yang tidak manisnya apabila ramai ibu yang gemar mengambil gambar selfie ketika menyusukan anak tanpa menutup bahagian dada mereka dengan kain. Ia  tidak manis dipandang.

Tambah Yana, kini pelbagai alternatif telah dicipta bagi memudahakan ibu-ibu untuk menyusukan anak mereka.

Saya tahu ‘apron’ menyusukan anak kini banyak dijual di kedai barangan bayi. Apa salahnya gunakan kemudahan berkenaan untuk membaluti dada kita? Kalau mahal, selendang pun boleh.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat saya ini. Tetapi sebagai seorang wanita yang konservatif, saya pula berasa malu melihat wanita lain bergambar selfie sedang menyusukan anak.

Tidak salah menggalakkan para ibu breastfeeding, tetapi ada cara lain tanpa perlu bergambar seperti itu.

Ok, pendapat Yana Samsudin itu ada betulnya. Meskipun kita ingin memperjuangkan hak sebagai seorang ibu yang mahu menyusukan anak di tempat awam tetapi dengan memuat naik foto sebegitu ia tampak agak tidak sesuai dengan budaya kita. Biarlah kita menyuarakan sesuatu hak dalam keadaan yang bermaruah.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...