June 10th, 2016

Bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya bersama suami Fadzil Zahari, pelakon Yana Samsudin akui beliau tidak mempunyai nafsu untuk membeli belah yang melampau dan hanya membeli barang keperluan bayi secara sederhana sahaja.

Saya banyak beli baju bayi sahaja, barang-barang lain tidak beli lagi, setiap kali keluar untuk beli barang saya tidak tahu untuk beli apa dan akhirnya beli baju sahaja.

Sejak hamil pun saya jarang menghabiskan masa untuk membeli belah sehingga suami saya pun pelik kerana dia tahu saya seorang yang suka shopping.

Menurut Yana, beliau dijangka bersalin pada minggu pertama Syawal dan beliau masih belum menetapkan untuk bersalin di kampung halamannya ataupun di ibu kota sahaja.

Hatinya berbelah bagi kerana terasa ingin menyambut Hari Raya Aidilfiitri bersama keluarganya juga.

Saya tidak tahu akan bersalin di mana kerana menurut doktor jika saya mahu bersalin di Kuala Lumpur saya tidak boleh balik kampung beraya, namun hati saya pula ingin menyambut raya bersama keluarga di kampung.

Lagi pula, tahun ini giliran saya beraya di kampung halaman Yong Peng, Johor, setakat ini masih berfikir-fikir lagi.

Dalam menanti detik kelahiran cahaya mata mereka, ramai yang ingin mengetahui sama ada anak pasangan ini lelaki ataupun perempuan. Walaubagaimanapun, Yana buat masa ini belum bersedia untuk mendedahkan jantina anaknya dan biarlah ia diketahui ramai selepas beliau bersalin nanti.

Tidak lama sahaja lagi Yana dan Fadzil akan bergelar ibu dan bapa. Semoga Yana diberikan kesihatan yang baik semasa bersalin nanti. InshaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...