Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Yana Samsudin Terpikat Dengan Sikap Penyabar Fadzil Zahari

Ramai yang gembira apabila Yana Samsudin dan Fadzil Zahari akhirnya bakal mendirikan rumah tangga selepas bertahun menyulam cinta.

Bakal melangsungkan pernikahan pada hari Jumaat ini, Yana mendedahkan beberapa ciri-ciri pada Fadzil yang telah berjaya memikat hatinya.
Buat Yana, sifat penyabar dan memahami Fadzil  antara  faktor beliau terpikat serta menghormati jejaka tersebut. Bakal suaminya itu turut senang dibawa berbincang selain sering mengingatkan beliau tentang soal agama.

Advertisement

Dalam apa saja situasi tak kira dalam keadaan tegang sekalipun, dia sangat penyabar. Saya hormat sikap dan dirinya. Dia akan pegang kata-katanya termasuklah tahap keseriusannya untuk memperisterikan saya.

Tutur katanya sangat lembut dan sopan. Dia juga senang di bawa berbincang. Pada mata saya, dia lelaki yang beriman. Dia banyak mengingatkan saya mengenai hal berkaitan agama.

Walaupun merasa terkejut dengan lamaran Fadzil yang secara tiba-tiba, Yana masih sempat mempersiapkan diri sebagai seorang isteri dan membuat segala persiapan perkahwinan seperti yang direncana.

Tak sampai tiga bulan untuk saya mempersiapkan diri sebagai isteri termasuk membuat persiapan kahwin. Tapi Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan. Di sebalik kelancaran itu biasalah kalau ada masalah itu ini, termasuk proses menguruskan borang nikah.

Majlis pernikahan pasangan ini bakal diadakan selepas solat Jumaat di kediaman Yana di Yong Peng Johor, manakala majlis persandingan pula bakal diadakan keesokan harinya di Dataran Gemilang Yong Peng.

Memang sweet bila kami baca ciri-ciri yang membuatkan Yana Samsudin terpikat dengan Fadzil Zahari. Lama juga Fadzil bersabar untuk memiliki wanita yang diminatinya. Semoga bahagia sehingga ke anak cucu ya.

Sumber Bertia: BHONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top