Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Yana Samsudin Sudah Ada Jenama Tudung Sendiri

Selepas sahaja berhijrah dan berhijab pasti seseorang selebriti itu akan mengeluarkan jenama tudung mereka sendiri, ia seakan sudah menjadi trend untuk melakukan perkara tersebut.

Advertisement

Mula berhijab sekitar tiga bulan lalu, Yana Samsudin juga sudah mempunyai perniagaan tudung beliau sendiri yang dikenali dengan nama Ayana by Yana Samsudin.

Walaupun baru dua bulan mengusahakan perniagaan tersebut, nyata ia sudah membuka pintu rezeki buat beliau selepas ramai yang menawarkan diri untuk menjadi stokis dan agen bagi produk tersebut di seluruh tanah air.

Sebenarnya, saya baru dua bulan menghasilkan tudung Ayana by Yana Samsudin ini. Tapi saya beryukur, walaupun masih baru dalam bidang penghasilan tudung ini tetapi sudah ramai stokis yang mahu memasarkan tudung saya di banyak tempat di tanah air.

Semenjak saya bertudung, ramai betul yang bertanya saya pakai tudung jenama apa, beli di mana, berapa harga dan macam-macam soalan lagilah yang berkaitan dengan tudung yang saya pakai. Daripada situ, hati saya mula tergerak, mengapa tidak kalau saya sendiri yang hasilkan satu jenama tudung mengikut stail saya sendiri.

Tudung keluaran Yana ini sememangnya cukup mudah untuk dipakai tanpa memerlukan sebarang pin  mahupun anak tudung untuk tampak kemas. ( lebih kurang macam Instant Shawl la)

Advertisement

Macam-macam jenama tudung yang dikeluarkan oleh artis Malaysia sekarang ini, tidak dapat dinafikan memang ia laris di pasaran mungkin kerana mereka mempunyai jumlah peminat yang besar. Kadang-kadang kalau nak ikutkan fesyen dalam bertudung ini boleh sesak nafas dibuatnya, iyalah tak sampai beberapa bulan keluar pula jenama dan corak yang baharu.

Sumber Berita: Mangga Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top