Seperti pasangan lain yang sudah berkahwin, Yana Samsudin sering ditanya mengenai soal cahaya mata.
Terbaru, ada khabar angin yang mengatakan Yana kini sudah berbadan dua selepas melihat bahagian perut beliau yang sudah mula berubah.
Tidak mengiyakan ataupun menidakkan perkara berkenaan, Yana menerusi portal Kosmo Online berkata beliau tunggu masa yang sesuai untuk memberitahu berita gembira tersebut.
Agak-agak berapa bulan? Sebab ramai yang bertanya kata nampak perut saya ketika majlis resepsi Saheizy Sam dan Syatilla.
Jika ada pun dan ia masih lagi baharu saya tidak selesa untuk kongsikannya sementelah latar belakang keluarga Fadzil ramai yang doktor. Kata mereka, jika kandungan baru beberapa minggu tidak elok dikongsikan sebab ia masih belum kuat.
Ada benarnya kata Yana Samsudin, kalau orang tua-tua dulu pun ada berpesan jika kandungan masih lagi baharu lebih baik tidak begitu teruja ataupun hebohkannya dahulu. Apa-apa pun, harap kandungan Yana sentiasa sihat dan kalau boleh jangan lakukan kerja berat serta rehat secukupnya.