Written by Bella | April 11th, 2015

Baru mendirikan rumah tangga, Yana Samsudin dihimpit kontroversi dimana ada pihak yang menuduh beliau menanggung  makan minum suaminya Fadzil Zahari. Malah, ramai sebenarnya mempersoalkan apakah pekerjaan sebenar Fadzil.

Yana dalam kenyataan kepada media baru-baru ini telah menepis dakwaan liar tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu salah faham serta tuduhan tidak berasas. Jelas Yana, suaminya itu aktif serta bijak dalam dunia perniagaan dan bersikap rendah diri meskipun beliau merupakan adik kepada pelakon popular Farid Kamil.

Dakwaan itu tidak benar kerana dia mempunyai pendapatannya sendiri dan dia sebenarnya seorang yang bijak dalam perniagaan.

Pada saya salah faham itu timbul kerana dia jarang menonjolkan latar belakangnya selain orang mengenali dia sebagai adik kepada Farid Kamil.

Untuk pengetahuan anda, Fadzil mempunyai sebuah syarikat dikenali dengan nama Prokuya Studios, yang merupan sebuah agensi pengiklanan dan pengurusan bakat yang dibangunkan sejak beberapa tahun lalu. Walaubagaimanapun Yana tidak mahu bernaung di bawah syarikat suami tercinta kerana lebih selesa menguruskan kerjayanya sendiri.

Biarlah dia hanya menjadi suami saya dan bukannya terlibat secara profesional dalam kerjaya kerana saya bimbang ia akan memberi kesan kepada hubungan kami nanti.

Saya juga kini selesa menguruskan sendiri karier saya namun saya terbuka dalam menerima pendapat daripada suami berhubung kerjaya saya.

Tidak mengetahui tentang latar belakang seseorang, bukan bermakna kita berhak untuk menuduh sesuka hati tanpa bukti yang kukuh. Fadzil Zahari adalah seorang yang cukup merendah diri. Inilah sikap yang harus di contohi oleh orang lain, buat kerja secara senyap tetapi hasilnya cukup hebat. Jangan hanya pandai cakap tapi kata orang habuk pun tarak.

Sumber Berita: mStar Online

 

14 responses to Yana Samsudin Nafi Tanggung Makan Pakai Suami

  1. Hurmmmm says:

    “Rahsia kecantikkan…mengambil wuduk”- Anita Sarawak
    “…untuk ‘comeback’ nyanyi dangdut membuat solat istikharah sebanyak 3 kali”- Amelia
    “Pakai braces…itu sebabnya hidung saya jadi mancung”- Yana Samsudin.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    mmg dia tidak menonjol… tp memang serba boleh… semua kerja dia buat dari pre production, scriptwritig, amp, bisnes… sy pernah attend bengkel penulisan skrip olehnya…

    0

    0
  3. yaya says:

    mulut kepo orang orang ni sume, dia punya pasal lah kalau dia nak tanggung laki dia tu duit dia yang korang susah ni pe cite sebok je nak jaga tepi kain orang…

    0

    0
  4. Hida says:

    aku syak media yang timbulkan soalan bodoh ni – saja nak kasi gosip. obviously he’s talented. ade company sendiri.

    just because dia adik farid, and tak banyak berlakon org ingt mcm xde job la padahal berlakon tu suka2 je utk dia kut.

    0

    0
  5. anon says:

    tanggung dek non jgn tak tanggung

    0

    0
  6. feredea says:

    Tahniah, pada Yana kerana mendapat suami yang pandai berniaga. Kahwin dengan orang yang pandai berniaga ni memang murah rezeki

    0

    0
  7. Feredea says:

    Alahai ..soal suami isteri yang bercium pulak yang kepoh, tak per lah nak tanya ustaz…tanya ustaz sekali apa pandangan ustaz bagi couple yang berpeluk dan cium belum kahwin sekali ye…supaya menjadi pengajaran pada semua.

    0

    0
  8. Ibu says:

    Tok sahkan artis org biasa2 pun ada jugak, tak kisah la sapa tanggung sapa janji masing2 tau tanggungjawab, kalau pun isteri lebih [email protected] dari suami kena redha la jgn tunjuk lagak & besar kepala, dah masing2 kena terima kekurangan masing2

    0

    0