Majlis persandingan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari yang telah berlangsung di Dataran Gemilang Yong Peng, Johor pada tanggal 14 Februari lalu cukup meriah dan telah dihadiri lebih daripada 10 ribu orang.
Walaubagaimanapun, dalam kemeriahan tersebut terdapat sedikit masalah dimana makanan yang disediakan tidak cukup kerana tidak menjangka sambutan yang begitu baik daripada warga Yong Peng. Berikutan hal tersebut, Yana telah tampil memohon maaf kepada peminat dan tetamu jemputan yang tidak dapat menikmati makanan kerana ia telah habis sebelum majlis persandingan lagi.
Saya berterima kasih pada tetamu yang datang sama ada diundang atau pun tidak, namun saya meminta maaf andai ada kekurangan yang berlaku pada majlis tersebut.
Tetamu yang datang memang lebih daripada jangkaan kami iaitu dekat 10,000 orang. Kad jemputan diedar dalam 700 keping dan kami jangka hanya tiga kali ganda sahaja untuk makanan. Itu pun pada saat-saat akhir saya tambah untuk 2,000 orang dan ibu saya tambah lagi untuk 2,000 orang.
Saya dapat tahu makanan tersebut habis pada pukul 8 malam sebelum kami bersanding lagi.
Jika mengikut aturcara pada kad jemputan, jamuan makan bermula jam 4.30 petang sehingga 10.30 malam manakala ketibaan pengantin pula pada jam 8 malam.
Dalam pada itu Yana turut meminta maaf kepada pengunjung yang hadir kerana tidak dapat tempat duduk dan bersesak-sesak ketika menyaksikan persandingan itu. Jelas pelakon siri Adnan Sempit itu tempat duduk VVIP turut dirempuh oleh beberapa peminat yang bertindak di luar kawalan pihaknya.
Kami menyediakan 30 orang petugas Rela untuk mengawal majlis tersebut tetapi ia tidak mencukupi dan ketika majlis persandingan bermula pada kira-kira pukul 8.30 malam, ada segelintir yang merempuh tempat duduk VVIP.
Selalunya jika kita mengadakan majlis di tempat terbuka dan boleh dihadiri oleh peminat dan orang awam, semestinya jumlah hadirin yang hadir luar daripada jangkaan. Mereka merasa seronok dan teruja untuk melihat artis pujaan mereka bersanding kerana ia bukanlah satu peluang yang serign mereka dapat bukan?