February 2nd, 2012

Pelakon Yana Samsudin berkata dia berharap yang bekas teman lelakinya, pengarah filem Pierre Andre tidak menganggap masalah cinta yang dihadapi dengan seorang kerabat diraja Terengganu sebagai satu pembalasan Tuhan, sebaliknya Pierre harus menganggapnya sebagai ujian dari Allah.

Kita bukan Tuhan untuk menilai nasib manusia tetapi tidak wajar untuk Pierre menyalahkan dirinya dengan masalah cinta yang melanda dia buat masa ini. Apa yang berlaku itu mungkin ada hikmahnya.

Pierre baru-baru ini mendakwa hubungannya dengan seorang kerabat diraja Terengganu mungkin balasan Tuhan kerana dia memutuskan hubungan cintanya dengan Yana satu masa dahulu. Kerabat tersebut dikatakan tidak membalas SMS mahupun menjawab panggilan telefon dari Pierre selama hampir setahun.

Yana memberitahu Mstar Online, dia dan Pierre mungkin tiada jodoh tetapi dia sering mendoakan pelakon itu. Yana juga memberitahu hubungannya dengan ibu Pierre, pelakon Khatijah Tan, masih baik. Keretakan hubungan dengan Pierre juga menurut Yana, memberikan perubahan positif pada dirinya:

Saya tidak mempunyai sesiapa selain Pierre dan dia adalah lelaki paling rapat dengan saya. Malah saya terlalu bergantung kepadanya tetapi keputusan untuk membawa haluan masing-masing telah mengajar saya erti berdikari.

Yana juga menambah yang dia dan Pierre tidak mungkin akan bersama semula kerana dia ingin menumpukan perhatian pada kerjayanya sahaja. Kredit gambar, blog Yana Samsudin

***.


57 responses to “Yana Samsudin – Belajar Berdikari Selepas Putus Cinta Dengan Pierre Andre”

  1. olalala says:

    pierre andre??????sape tu????

  2. bosan says:

    makin lame makin bosan dgn nara ni…. isu2 yang dikeluarkan semua dah dpt kt tempat lain! tolong la explore lebih skit nara oi

  3. ela says:

    rasa mamat pierre ni confuse tak. dah sui2 depan mata, dia lak buat prangai. tp takpe yana…life is too short . move on. korang tak buat movie kat spore ke? tukar angin. :)

  4. ela says:

    rasa mamat pierre ni confuse. dah sui2 depan mata, dia buat prangai lak. takpe yana move on. life is too short to worry bout petty issues. korang taknak buat movie kat spore ke? tukar angin :)

Loading...