Yakin Akan Lebih Memudahkan, Bill Gates Cadang Kerja Doktor Dan Guru Digantikan Dengan AI

Teknologi

Yakin Akan Lebih Memudahkan, Bill Gates Cadang Kerja Doktor Dan Guru Digantikan Dengan AI

Boleh dikatakan kecerdasan buatan (AI) semakin hari semakin menjadi perhatian serta penggunaan ramai, tidak kira yang sudah bekerja, mahupun yang masih belajar.

Biarpun ramai meluahkan rasa bimbang AI sudah makin berleluasa ketika ini, tapi menurut pengasas Microsofy iaitu Bill Gates, orang ramai tidak perlu terlalu merisaukan kewujudan AI itu.

Advertisement

Bill Gates yakin AI wujud bukan untuk rampas pekerjaan manusia

Bill Gates percaya dengan adanya AI, ia bukanlah untuk merampas pekerjaan manusia tetapi sekadar mahu memudahkan serta meringankan beban, terutama dalam bidang kesihatan dan pendidikan.

bill gates

Kata pengasas Microsoft itu, di Amerika kini hadapi kekurangan 86,000 doktor menjelang tahun 2026, tetapi dengan AI, masalah itu dapat dihadapi kerana ia boleh membantu urus tugasan dokumentasi pesakit, pengebilan dan juga diagnosis.

Ramai pekerja dapat bersara awal

Doktor pula boleh fokus merawat pesakit dan tidak perlu sibuk lagi untuk mengurus kertas kerja.

Dalam pada itu, guru tidak perlu hadapi masalah tidak cukup tenaga pengajar lagi kerana AI seperti ChatGPT ada untuk membantu pelajar belajar subjek penting seperti matematik atau sains.

AiSumber : Getty Images/iStockphoto  

Susulan itu, Bill Gates merasakan dengan wujudnya AI, guru ataupun doktor dapat bersara awal atau kerja 3 hingga ke 4 hari seminggu sahaja.

21 hours ago

Ayat 'Tolong' Dan 'Terima Kasih' Oleh Pengguna Ketika Menggunakan ChatGPT Bikin OpenAi Rugi Puluhan Juta Ringgit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : CNBC

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...