“Yak Yak Yeah!” – 30 Tahun Dalam Industri, Akhirnya Bell Ngasri Rangkul Anugerah Artis Komedi Popular Di ABPBH35

Hiburan

“Yak Yak Yeah!” – 30 Tahun Dalam Industri, Akhirnya Bell Ngasri Rangkul Anugerah Artis Komedi Popular Di ABPBH35

Selepas 30 tahun berada dalam industri seni, pelawak serta pelakon, Bell Ngasri berjaya merangkul Anugerah Artis Komedi Popular di ABPBH35 pada malam ini.

Menurut Bell Ngasri, dirinya tidak mahu menangis kerana ia merupakan momen bahagia buat diri sendiri setelah lama menunggu.

Advertisement

Dalam ucapan yang dilakukan, Bell sempat mengucapkan terima kasih buat keluarga, peminat serta orang sekeliling yang mempercayainya untuk berlakon dalam filem mereka.

Sekadar info, Bell Ngasri turut tersenarai dalam Top 10 yang mempunyai peluang terbesar untuk merangkul anugerah utama iaitu Anugerah Bintang Popular.

sarah
2023-07-21 21:30:39

"Pak Kazar Tak Datang Dengan Menantu Ke?" - Puteri Sarah Liyana Hadir ABPBH35 Ditemani Datuk Yusof Haslam & Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Tonton TV3