“Ya Saya Sedang Dalam Fasa…” – Hubungan Noor Nabila Dengan Sharnaaz Kini Terjawab

Hiburan

“Ya Saya Sedang Dalam Fasa…” – Hubungan Noor Nabila Dengan Sharnaaz Kini Terjawab

Kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa, Noor Nabila memaklumkan dia kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka namun tetap memilih untuk tidak terlalu terbuka kerana ingin menjaga privasi.

Maklum Nabila, dia dan jejaka tersebut masih dalam fasa awal perhubungan sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan sebenar bersama bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Advertisement

Ya, saya sedang dalam fasa mengenali seseorang dengan lebih rapat.

Saya selesa dengan apa yang sedang berlaku sekarang, tetapi buat masa ini saya memilih untuk tidak berkongsi siapa individu itu kerana lebih menghargai privasi hubungan ini.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama Sharnaaz, Nabil berkata mereka lebih fokus dalam tanggungjawab membesarkan anak, Jebat Jayden yang kini berusia 6 tahun.

Kami rapat atas dasar tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada Jayden, itu sahaja. Tidak pernah terlintas untuk mengulang kembali hubungan yang telah berlalu.

Sekadar info, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 2017 namun bercerai pada Julai 2020.

Dia kemudian bernikah dengan Engku Emran Engku Zainal pada Mac 2021 namun berpisah setahun kemudian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rezza shah
1 day ago

“Dia Siap Nak Betulkan Seluar Saya Bila…”- Penyanyi Baru Naik Trauma Bekas Pengurus Cuba Buat Gangguan Seks*al Setiap Kali Persembahan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...