“Ya Saya Panggil Artis Saja Sebab Itu Target Saya” – Betty Rahmad Minta Netizen Berhenti Persoal Niatnya Anjur Kuliah Agama

Hiburan

“Ya Saya Panggil Artis Saja Sebab Itu Target Saya” – Betty Rahmad Minta Netizen Berhenti Persoal Niatnya Anjur Kuliah Agama

Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad meminta segelintir netizen untuk berhenti mempersoal dan meninggalkan komen negatif terhadap usahanya menganjurkan majlis ilmu agama baru-baru ini.

Maklum Betty menerusi TikTok miliknya berkata, sebagai seorang manusia, dia juga pernah berbuat silap dan meminta orang ramai untuk memandang usaha orang yang ingin menimba ilmu agama.

Advertisement

Saya dapat banyak sangat komen negatif untuk majlis ilmu yang saya anjurkan baru-baru ini. Antaranya majlis ilmu itu untuk artis-artis sahaja, nak pakai tudung tutuplah elok-elok, tak susah pun nak pin tudung.

Pertama sekali awak semua kena ingat, Nora Danish dan kawan-kawan saya yang lain malah saya juga pernah berada di tempat mereka sebelum ini, saya pun jahil dan banyak benda yang saya tak tahu.

Tapi awak semua perlu cuba melihat perkara ini dengan cara baik dan yang positif daripada tengok yang negatif.

Ujarnya lagi, memang dia menganjurkan majlis itu untuk rakan-rakan selebirit kerana mereka sukar untuk hadir ke kelas agama.

Ya, saya panggil artis sahaja sebab itu target saya. Sebab saya tahu, mereka nak belajar tetapi mereka takut tak tahu nak pergi dekat mana, takut tidak diterima, takut dikecam.

Jadi saya buka ruang untuk mereka belajar secara perlahan-lahan.

Adik kepada pelakon Erma Fatima itu juga memohon agar warga maya tidak menilai sewenang-wenangnya usaha selebriti mencari hidayah Allah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

atu zero kecewa abang kongsi pasal dirinya di podcast
1 month ago

"Bila Tengah Syok Bercakap Tu Dia Tak Sedar" - Atu Zero Harap Sharif Berhenti Kongsi Kisah Peribadinya Dalam Podcast

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...