“Ya! Saya Mengaku Saya ‘Scammer’ Tapi..” – Datuk Red

Hiburan

“Ya! Saya Mengaku Saya ‘Scammer’ Tapi..” – Datuk Red

Suami kepada penyanyi Adira, Daruk Red tampil memberi respon setelah muncul dakwaan daripada beberapa individu yang mengatakan dia seorang ‘scammer’ melibatkan urusan jual beli tanah sebelum ini.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adenan Abu, pengakuannya itu diharap dapat memuaskan hati semua pihak termasuk pengikutnya di media sosial.

Advertisement

Ya! Saya mengaku sebagai ‘scammer’ tapi ‘scammer’ yang baik jika itu jawapan yang boleh memuaskan hati netizen dan pihak terbabit.

Sebab orang memang dah kecam pun, saya nafikan pun orang cakap juga, ini ‘scammer’ akhir zaman lah, jadi saya mengaku sajalah.

Tambahnya lagi, dia kini sedang berusaha untuk melunaskan hutang dan bebas daripada dakwaan penipuan itu.

Kalau mengaku pun menjadi satu kesalahan, saya nak buat macam mana? Tapi mana ”scammer’ yang mengaku penipuannya itu? Sebab itu saya cakap, saya ‘scammer’ yang baik.

Sebab saya tak cakap pun tapi orang yang cakap, bila orang cakap saya mengiyakan sajalah. Sebab selagi saya tak mengaku selagi itulah orang bercakap.

Datuk Red juga berharap agar pihak tersebut memberikan masa bagi tujuan melunaskan hutang tersebut.

Ada juga pihak yang saya berhutang itu menghantar ‘Direct message’ dan memberi semangat pada saya untuk bangkit semula.

Maklumlah, saya baru enam hari mula bekerja takkanlah saya boleh selesaikan hutang hampir RM7 juta dalam tempoh singkat? Cubalah doa yang baik-baik buat saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shidee
9 months ago

"Saya Keliru, Tak Tahu Punca" - Shidee Bergaduh Dengan Abang Ipar Kerana Tidak Alih Kaki, Ganggu Laluan Nak Berjalan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...