Dalam satu kejadian yang berlaku di Alor Setar, Kedah, penginap homestay meluahkan rasa kecewa selepas mereka dikatakan dihalau seperti ‘anjing’ oleh pemilik tempat itu.
Dihalau macam anjing
Menerusi video yang tular itu, individu bernama Shafiq Ghani mengaku salah kerana lewat sejam untuk ‘check out’ seperti yang sepatutnya.
Namun, mereka tidak sangka pemilik terbabit menghalau mereka sebegitu rupa malah turut mencampakkan barang serta beg ke atas lantai.
Ya, saya mengaku kami lambat check out. Kalau makcik nak kenakan bayaran sehari RM100 hingga RM200 pun saya bayar.
Tapi, jangan halau kami macam anjing baling makanan apa semua. Allahuakbar.
Bukan sengaja check out lambat
Ujarnya lagi, mereka bukanlah sengaja untuk keluar dari rumah itu lewat dari yang sepatutnya tetapi kerana terlelap disebabkan penat bekerja.
Semalam, lepas berniaga event Alor Setar, terus hantar barang ke Perlis pula. Jadi sampai pada jam 8 pagi. Kemudian, terlelap dan terjaga lewat sejam saja.
Disebabkan kecewa dengan tindakan pemilik itu, dia mengajak orang ramai untuk memboikot bisnes inap desa terbabit kerana pemiliknya yang memperlakukan penginap begitu.
Ketika artikel ini ditulis, individu terbabit sudah pun memadam video berkenaan di akaun TikTok namun ia sudah tular di platform media sosial yang lain.