“Ya.. Saya Akan Nyanyi..” Nabila Razali Giat Buat Persiapan AJL35, Tolak Tawaran Berlakon

Hiburan

“Ya.. Saya Akan Nyanyi..” Nabila Razali Giat Buat Persiapan AJL35, Tolak Tawaran Berlakon

Teka-teki siapakah yang bakal menyanyikan lagu Peluang Kedua pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) itu akhirnya terjawab apabila komposer Hael Husaini telah mengumumkan bahawa Nabila Razali akan menyanyikan lagunya sendiri pada malam itu.

Perkara itu dihebahkan menerusi ciapan Hael di media sosial Twitternya pada hari Selasa lalu dan rata-rata peminat meluahkan rassa syukur dan tidak sabar untuk melihat persembahan Nabila pada malam itu.

Advertisement

Manakala bagi Nabila pula, meskipun dia masih dalam tempoh pemulihan daripada masalah peti suara yang dialaminya, namun dia kini memberi tumpuan sepenuhnya dalam mempersiapkan diri untuk pentas AJL35 itu.

“Alhamdulliah..ya saya mengesahkan tentang penglibatan saya secara langsung di malam final AJL35. Kesihatan saya semakin pulih, tapi saya masih lagi dalam tempoh recovery. Saya juga ingin mengucapkan ribuan maaf kepada pihak produksi dan penerbit kerana saya terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan buat masa ini sehingga hujung Januari kerana saya ingin fokus pada persiapan AJL35.”

Menganggap setiap finalis AJL35 membuat persiapan dengan cara mereka yang tersendiri, Nabila Razali berharap persembahannya pada malam itu dapat memberi impak kepada penonton.

Umpama mimpi menjadi kenyataan, Nabila Razali turut mengucapkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan Ilahi dan gembira kerana dapat menunaikan permintaan peminat lagu Peluang Kedua untuk menyanyikan sendiri di pentas anugerah penuh beprestij itu.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...