Baru-baru ini kecoh tentang konflik yang dihadapi oleh seorang pelakon veteran yang dikenali sebagai Mak Wan dan bekas pembantu peribadinya.
Terbaru, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, mendakwa bahawa dia pernah menjadi mangsa pukul bekas pembantunya atau dikenali sebagai Amell, dalam satu temu bual program hiburan, Melodi.
Menurut Mak Wan, segala konflik yang berlaku antara dia dan Amell adalah apabila dia didakwa melarikan duit serta mengambil barang kemas kepunyaan bekas pembantu peribadinya itu.
Manakala, dalam satu temu bual berasingan, Amell mengaku pernah mengasari Mak Wan setelah diludah berikutan dengan soalan yang diajukan kepada pelakon tersebut.
Selain itu, Mak Wan juga sebelum ini dituduh mengamalkan ilmu hitam namun perkara itu dijelaskan oleh pelakon Didie Alias bahawa rakaman berkenaan ilmu sihir itu hanyalah untuk drama semata-mata.
Semoga konflik yang berlaku antara Mak Wan dan bekas pembantunya dapat diselesaikan dengan cara baik dan kebenaran dapat ditegakkan.