Seperti diketahui ramai, baru-baru ini, penyanyi Linda Rafar teruk dikecam oleh warganet susulan pemakaiannya dianggap seksi untuk seseorang yang berhijab.
‘Pakaian itu tidaklah terlalu keterlaluan..’
Linda mengakui terkesan dengan kecaman yang diterima hinggakan dirinya muntah-muntah dan mengalami anxiety.
Melalui sesi temubual Linda bersama pihak mStar, dia berkata pakaian yang digayakan sewaktu sidang media Konsert Elite itu tidaklah terlalu keterlaluan dan ia disediakan oleh pihak pengurusan.
Apa yang buat saya marah adalah mereka kata saya penunggang agama dan pelajar Ustaz Wadi. Pakaian tersebut langsung tidak nampak leher saya, dan ya memang baju ketat, tetapi tidaklah terlalu seksi. Bagi saya ia adalah fesyen.
Selebriti wanita hijab yang lain ada juga pakai fesyen yang sama
Dalam pada masa yang sama, Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Abdul Rafar, 47, berkata ramai sahaja selebriti wanita bertudung yang lain memakai fesyen sepertinya, tetapi netizen pilih untuk menghentam dia.
Kebanyakkan yang komen itu adalah akaun palsu. Saya syak bahawa mereka yang buat itu bertujuan untuk menjatuhkan saya, bukan sahaja saya, malah keluarga juga rasa seperti itu.