Ya, Kami Sudah Berkahwin Dan Saya Dinikahkan Oleh Abang Fazura Sendiri- Fattah Amin

Hiburan

Ya, Kami Sudah Berkahwin Dan Saya Dinikahkan Oleh Abang Fazura Sendiri- Fattah Amin

Selepas berita pernikahannya dan Fazura tular sejak semalam, akhirnya pelakon Fattah Amin tampil mengesahkan sendiri berita gembira tersebut. Fattah menerusi portal BH ONLINE memberitahu beliau tidak nikah dalam keadaan tergesa-gesa dan mengikut prosedur yang betul.

Advertisement

Fattah juga meluahkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar dan berkongsi beliau dinikahkan sendiri oleh abang Fazura.

Majlis pernikahan kami mengikut prosedur yang betul. Malah, saya terkejut kerana ada juga teman media yang gigih cuba mendapatkan kenyataan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengenai status pernikahan kami.

Fattah menunjukkan cincin perkahwinannya

Alhamdulillah, pihak JAWI mengeluarkan kenyataan sama. Kami berkahwin seperti orang lain juga. Semua sudah selesai dan tak perlu dipertikaikan lagi. Majlis itu sah dengan sekali lafaz dan Alhamdulillah, berjalan lancar. Saya dinikahkan oleh abang Fazura sendiri dan turut berada pada majlis itu ialah wakil JAWI selain keluarga rapat kami.

Fattah menegaskan beliau tidak pernah merahsiakan majlis akad nikah beliau dan Fazura. Sejak dari awal lagi beliau sudah memaklumkan majlis tersebut memang akan diadakan secara tertutup dan akan mengadakan dua lagi majlis resepsi pada tahun depan.

Bukan main berseri lagi muka Fattah bukan? Tidak kisahlah kalau bernikah secara tertutup asalkan Fattah dan Fazura sudah sah bergelar suami isteri. Selamat pengantin baru  semoga berkekalan sehingga akhir hayat.

Sumber Berita & Foto : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...