“Ya Ianya Fitnah..” – Syamsul Yusof Saman JAWI RM10 Juta Sebab Fitnah Dah Kahwin Lagi

Trending

“Ya Ianya Fitnah..” – Syamsul Yusof Saman JAWI RM10 Juta Sebab Fitnah Dah Kahwin Lagi

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof semalam ada mengeluarkan kenyataan di media sosialnya di mana dia akan menyaman pihak JAWI sebanyak RM10 juta atas dakwaan menyebarkan fitnah dan berita palsu mengenai tuduhan dia sudah berkahwin lagi.

Lapor Harian Metro, Syamsul mendakwa pihak JAWI telah memberi maklumat tidak benar itu kepada ahli keluarganya sedangkan ia tidak benar dan palsu.

Advertisement

Sedangkan, perkara itu juga adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya anggap saya perlu ambil tindakan ini untuk menyaman JAWI sebanyak RM10 juta. Setakat ini, itu yang boleh saya katakan dulu.

Tambahnya lagi, dia akan mengemas kini status terkini dari semasa ke semasa berkaitan konflik rumah tangganya itu kepada media.

Sekadar info, Syamsul kini berada dalam kemelut rumah tangga bersama isteri, pelakon Puteri Sarah di mana pengarah itu dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dengan anak pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah
1 year ago

"Maruah Takde Kerana Duit" - Puteri Sarah Berang Dituduh Bolot Harta Suami Sendiri Oleh Pihak Ke-3?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...