Pengarah terkenal, Syamsul Yusof semalam ada mengeluarkan kenyataan di media sosialnya di mana dia akan menyaman pihak JAWI sebanyak RM10 juta atas dakwaan menyebarkan fitnah dan berita palsu mengenai tuduhan dia sudah berkahwin lagi.
Lapor Harian Metro, Syamsul mendakwa pihak JAWI telah memberi maklumat tidak benar itu kepada ahli keluarganya sedangkan ia tidak benar dan palsu.
Sedangkan, perkara itu juga adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya anggap saya perlu ambil tindakan ini untuk menyaman JAWI sebanyak RM10 juta. Setakat ini, itu yang boleh saya katakan dulu.
Tambahnya lagi, dia akan mengemas kini status terkini dari semasa ke semasa berkaitan konflik rumah tangganya itu kepada media.
Sekadar info, Syamsul kini berada dalam kemelut rumah tangga bersama isteri, pelakon Puteri Sarah di mana pengarah itu dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dengan anak pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.