Peguam mewakili isteri Fikry Ibrahim, Siti Khalizah Alihan iaitu Wan Muhammad Afiq Mohd Razif memaklumkan anak guamnnya itu telah menarik semula permohonan cerai yang difailkan pada Mei lalu.
Ya, apa yang Fikry cakap semalam (dalam program Melodi) adalah betul. Saya sahkan bahawa Khalizah ada buat permohonan untuk tarik balik kes perceraian mereka.
Difahamkan, hakim telah memberi peluang kepada Khalizah dan Fikry untuk berbincang bagi menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.
Afiq berkata Khalizah ada memfailkan cerai disebabkan tiada persefahaman antara mereka.
Fikry juga menafikan rumah tangga mereka berantakan dan bakal bercerai.
Kedua-duanya bernikah pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Jitra, Kedah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.