“Ya Allah Jagakan Isteriku, Entah Masih Atas Kapal Atau Tak” – Nadzmi Adhwa Risau Keselamatan Ardell Aryana

Trending

“Ya Allah Jagakan Isteriku, Entah Masih Atas Kapal Atau Tak” – Nadzmi Adhwa Risau Keselamatan Ardell Aryana

Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan isterinya, Ardell Aryana yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Menerusi satu hantaran di Threads, Adhwa berkongsi keadaan semasa kapal Mikeno yang dilaporkan berada di hadapan flotilla lain ketika pelayaran menuju Gaza.

Advertisement

mikeno

Tulisnya penuh emosi,

Mikeno sedang ke hadapan. Ya Allah jagakan isteriku 🤲🏻❤️ Entah masih atas kapal atau tak. Semangat juangmu tak pernah aku sangkal.

Perkongsian itu segera mengundang rasa sebak netizen yang turut menitipkan doa agar Ardell serta seluruh delegasi Malaysia dipelihara keselamatannya.

Terdahulu, Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan ada delegasi Malaysia termasuk Ardell Aryana yang berada di atas kapal Mikeno tidak dapat dihubungi selepas berlakunya intimidasi oleh tentera Israel di perairan antarabangsa.

Rata-rata warganet mengagumi semangat kental Ardell yang tetap bertegas mahu meneruskan misi walaupun sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan ketika dalam perjalanan.

ardell aryana
2025-10-02 13:35:47

Sumud Nusantara Beri Update Terbaru, 3 Kapal Ini Masih Belum Dipintas - "Ardell Tidak Dapat Dihubungi"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...