Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Berita

(TAKZIAH) “Ya Allah, Inilah Ayahku Yang Sangat Baik” – Bapa Ebit Lew Meninggal Dunia

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi perkongsian di laman sosial memaklumkan bapanya, Ibrahim Lew telah meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi. Dalam hantaran itu, Ebit berkata dia dalam perjalanan ke hospital untuk membawa jenazah dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.

Advertisement

Meluahkan rasa sedih dengan kehilangan bapa tercinta, Ebit berdoa agar kedua ibu bapanya dipertemukan di syurga. Menyifatkan bapa seorang yang sangat baik, Ebit Lew berterima kasih kepada Allah SWT kerana telah memberi pinjaman ini untuknya.

‘Nanti Ebit sampai ya’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah, inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.

Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah..

Terdahulu, Ebit Lew mengesahkan kesihatan bapanya kini sedang merosot akibat kanser perut peringkat akhir. Ketika itu, beliau sempat menziarahi bapa di hospital dengan memakai set lengkap peralatan perlindungan peribadi (PPE).

SUMBER : Ebit Lew
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. brunes

    July 14, 2021 at 9:26 am

    al- fatihah [dibacakan]

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top