Berita pembatalan majlis perkahwinan selebriti Mimi Lana dan Syafiq Kyle sememangnya menggemparkan industri hiburan kerana sepatutnya majlis itu bakal mengambil tempat tidak kurang seminggu sahaja lagi.
Malah, kedua-duanya masih mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang jawapan mengenai pembatalan perkahwinan itu melainkan Mimi yang hanya mengemas kini laman Instagram miliknya.
Baru-baru ini, Mimi dilihat memuat naik klip video lagu Malam Pagi nyanyi Saixse di TV menerusi satu hantaran di Instagram Story.
Seolah-olah ingin meluahkan rasa hati, bait-bait lirik lagu itu yang berbunyi ‘Ya Aku Sakit’ itu pastinya sedikit sebanyak menggambarkan perasaan Mimi pada ketika ini.
Malah, Syafiq yang tidak langsung tampil memberikan sepatah dua kata terhadap pembatalan majlis itu pastinya membuatkan netizen terutama peminat kedua-dua selebriti ini dihujani tanda tanya.
Terdahulu, pengurus, Iman Tang telah menghantar mesej makluman kepada tetamu dan jemputan khas di mana dia memberitahu bahawa majlis pernikahan Mimi dan Syafiq yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos ini telah dibatalkan atas alasan ada perkara tidak dapat dielakkan.
Sekadar info, Syafiq dan Mimi sebelum ini pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun menjalinkan hubungan kasih namun terpaut semula setelah bertunang sekitar Januari lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.