Wujudkan Hashtag #Alofa : Alif Satar Anggap Ia Adalah Hak Peminat

Hiburan

Wujudkan Hashtag #Alofa : Alif Satar Anggap Ia Adalah Hak Peminat

Pelakon Alif Satar dan Neelofa sudah mula mempunyai peminat mereka tersendiri sehingga wujudnya hashtag #Alofa meskipun kedua-duanya belum lagi menjalani penggambaran bagi drama terbaru Red Velvet. Wah, bukan main semangat lagi peminat mereka untuk mempromosikan drama tersebut.

Advertisement

Menurut Alif beliau merasa teruja untuk berlakon dengan Neelofa dan sebenarnya tidak kisah dengan kewujudan hashtag #Alofa  kerana itu adalah hak peminat.

Itu adalah hak peminat kerana saya tidak boleh menghentikan mereka daripada melakukannya.  Lagi pun itu hanyalah sekadar hashtag dan ia tidak ada membawa maksud apa-apa pun.

Sekurang-kurangnya dengan adanya hashtag itu akan memudahkan orang ramai untuk bercakap mengenai drama tersebut. Jadi saya tidak ada isu, nak letak…letaklah kerana jika dilihat pada sudut positif ia akan memberikan banyak kebaikan kepada drama tersebut.

Adakah gandingan Alif dan Neelofa akan mencetuskan fenomena baru yang mampu mengatasi #Lofattah dan #Fatzzura? Sama-sama kita nantikan.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.