Tular di TikTok sejak kebelakangan ini apabila ‘trend’ berniaga secara ‘cedok-cedok’ semakin menggila di platform media sosial itu.
Perniagaan secara cedok-cedok ini dilakukan apabila peniaga itu akan menawarkan kepada pembeli seperti contoh, satu cedok barang alat solek yang berharga RM80.
Pembeli tidak boleh memilih barang dan peniaga akan ‘cedok’ barang-barang seperti contoh alat solek di TikTok ‘Live’ secara rawak. Barang yang pembeli akan dapat adalah ‘random’ seperti apa yang dicedokkan oleh penjual itu.
Tetapi tidak ramai yang tahu penjualan secara ‘cedok-cedok’ itu sebenarnya haram kerana mempunyai unsur gharar dan tidak pasti.
Seperti satu perkongsian individu di Twitter ini, jual beli seperti itu adalah batil dan ia diibaratkan seperti ‘membeli di dalam gelap’ serta dinyatakan oleh para ulama sebagai jual beli jahiliyah.
1- Pembeli hanya dapat apa yang dicedok secara rawak, ada kemungkinan dapat banyak atau sikit, tidak mampu pilih tanpa tahu dapat barang apa
2- Ketidakpastian begini antara unsur gharar dan ini dilarang oleh Nabi ?
3- Bentuk jual beli begini adalah untuk memberikan unsur https://t.co/rOlBTGpR92
— Muzuza (@Muzuzxck) July 18, 2022
Maka dengan itu, penjual atau pembeli, kedua-duanya adalah diharamkan untuk terlibat dalam aktiviti seperti itu.