Pihak berkuasa agama sedang melakukan siasatan lanjut berkenaan satu kes di mana wujud agama baharu yang dikenali sebagai ‘agama Melayu’. Berat kes ni ya.
Kes ini mendapat pandangan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan, yang mengatakan agensi dakwah akan lebih peka untuk memberi kefahaman dan penerapan akidah.
Perkara ini berlarutan apabila ‘agama Melayu’ ini menggunakan lafaz yang jauh tersasar.
“Menggunakan lafaz syahadah yang pelik, seperti yang saya dengar lafaznya disambung pengakuan Aku Melayu sebanyak tujuh kali”
Lebih buruk lagi katanya, kumpulan ini menolak ajaran Arab kerana ingin berlandaskan agama Melayu.
Walaupun kes ini masih disiasat, perkara ini harus dipandang serius kerana bukan sahaja melibatkan fahaman sedia ada, malah boleh merosakkan akhlak.
“Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang dibawa oleh individu ini kerana jelas ia adalah ajaran yang sesat lagi menyesatkan”
Harapnya masyarakat peka dan tidak cepat terpengaruh dengan ajaran yang sesat ya.