Wuhan Kini Seperti Bandar Berhantu, Tiada Penduduk Yang Berani Keluar Dari Rumah

Trending

Wuhan Kini Seperti Bandar Berhantu, Tiada Penduduk Yang Berani Keluar Dari Rumah

Pada 23 Januari yang lalu, kerajaan China telah menutup Wuhan untuk sementara waktu bagi mengelakkan jangkitan coronavirus lebih meluas. Virus tersebut telah mencatatkan 1138 kes dengan 41 kematian direkodkan setakat ini.

Baca: Wabak Misteri Bermula Dari Pasar Jualan Haiwan Eksotik Menyebabkan Wuhan Kini Ditutup Sementara

Advertisement

Susulan daripada pengumuman darurat itu, ramai penduduk yang mengambil langkah selamat dengan tidak meninggalkan kediaman mereka. Seorang penduduk di sana menyifatkan keadaan di sana sama seperti bandar ‘berhantu’ yang ditinggalkan.


Bekalan makanan

Penduduk di Wuhan memulakan sambutan Tahun Baru mereka dengan mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi untuk keluarga mereka namun stok makanan di pasaraya tidak mencukupi.

Selepas Wuhan dikuarantin, beberapa pasaraya kehabisan stok kerana terputus hubungan dengan yang lain. Berikutan sumber makanan yang terhad, penduduk terpaksa berebut untuk membeli stok makanan di pasaraya.

Harga makanan yang dijual juga melambung tinggi dan meningkat beberapa kali ganda. Sehinggakan harga kobis kini mencecah 35 yuan bersamaan RM20 kerana stok yang semakin kehabisan. Bukan sahaja harga makanan malah topeng dan cecair pembasmi kuman turut dinaikkan harga.

Penduduk di Wuhan juga melahirkan kebimbangan mereka sekiranya terpaksa berhadapan masalah terputus bekalan makanan lagi-lagi semasa sambutan Tahun Baru Cina ini. Virus yang tercetus dari Wuhan ini dikatakan berpunca daripada penjualan haiwan eksotik di sebuah pasar basah. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Penjualan Ular Berbisa Di Pasar Basah Wuhan Punca Penyebaran Wabak Coronavirus Di China

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...