WOW! Taiwan Selects, Bantu Produk Keluaran Taiwan Tembusi Pasaran ASEAN

Travel

WOW! Taiwan Selects, Bantu Produk Keluaran Taiwan Tembusi Pasaran ASEAN

Watak terkenal dari Taiwan `Orang Kecil Lampu Trafik’, iaitu isyarat animasi trafik yang terdapat di merata tempat bagi memberitahu pejalan kaki di seluruh negara itu masa yang selamat untuk melintas jalan, merupakan gambar Instagram terkenal yang digemari oleh pelawat apabila berada di Taiwan.

Advertisement

Fenomena buatan dari Taiwan itu hanyalah satu daripada ciri unik Taiwan yang dialami oleh pelawat di acara WOW! Taiwan Selects, yang berlangsung di Suria KLCC baru-baru ini, di mana lebih 60 produk mewakili jenama gaya hidup terbaik Taiwan diperagakan.

Bertema ‘Beat Your Heart’, acara yang dianjurkan oleh Institut Pembangunan dan Penyelidikan Perdagangan Taiwan (CDRI), telah memaparkan gambaran kehidupan jalanan di Taiwan yang cergas dan memiliki ciri-ciri tersendiri, termasuk ‘Orang Kecil Lampu Trafik’ yang mula digunakan di Taipei pada 18 Mac 1999.

Acara empat hari itu menawarkan sesuatu untuk setiap orang dengan 20 jenama makanan dan minuman, penjagaan kulit dan barangan rumah yang dipamerkan, secara kemuncaknya memberikan pelawat pandangan sekilas terhadap gaya hidup dan budaya Taiwan yang boleh dinikmati, rasai dan berpengalaman secara langsung.

Advertisement

Penggemar barangan kecantikan tidak dikecewakan dengan pilihan luas jenama kosmetik premium yang ditampilkan termasuk produk daripada My Beauty Diary, UNITOUCH, Aromase, Deer Hills, Dr. Wu, YUAN, Sunray’s, Jeune dan Yue Happiness.

Penggemar produk kesihatan juga dapat sampel produk penjagaan kesihatan utama Taiwan daripada KOKO, Da Jin Enzyme, Match Q dan Dr. Syngen. Bagi yang menyukai juadah makanan dan minuman Taiwan, acara WOW! Taiwan Selects itu juga menawarkan produk—produk jenama makanan terkenal Taiwan seperti Mr. Johnson, Tastywow, Sweet Mountain, Oomph Cold Pressed Juice, Oceanesh dan King Kung.

Bukan itu sahaja! Acara itu juga memaparkan kreativiti dan inovasi Taiwan dengan membawakan gajet teknologi terkini Taiwan. Pengunjung diberi peluang untuk menguji dan mencuba permainan AR berasaskan pergerakan di gerai yang tersedia selain mencuba permainan realiti maya oleh HTC VIVE dan PC permainan daripada Taiwan MSI – jenama peneraju dalam permainan video dan jenama paling dipercayai dalam industri permainan dan eSukan.

Mengenai WOW! Taiwan Selects

Wow! Taiwan Selects adalah program pemasaran serantau yang dikelolakan oleh Biro Perdagangan Luar, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang diwujudkan bagi membantu Perniagaan Taiwan meneroka masuk ke pasaran ASEAN dan India.

Dilancarkan pada 2015, program ini menyasarkan untuk berterysan membina rangkaian dan hubungan yang teguh dengan pembeli luar negara. Memaparkan pelbagai tema setiap tahun berdasarkan pasaran tertentu dan pelbagai gaya hidup pengguna, acara ini telah menganjurkan pelbagai acara perdagangan di rantau ini.

Institut Penyelidikan Pembangunan Perdagangan (CDRI)

Advertisement

Ditubuhkan pada 2007, Institut Penyelidikan Pembangunan Perdagangan (CDRI) diletakkan sebagai Badan Pemikir Perkhidmatan Penyelidikan Bertaraf Kebangsaan. Penubuhan CDRI adalah berdasarkan matlamat utama mewujudkan penanda aras untuk sektor perkhidmatan dengan mewujudkan keupayaan inovasi berkualiti dan bernilai tambah tinggi di dalam pembangunan industri perkhidmatan, menyepadukan sumber-sumber untuk mempercepatkan pengumpulan pengetahuan dan melonjakkan daya saing antarabangsanya.

Mengikuti tiga teras utama – berfikiran ke hadapan, melakukan inovasi, mengantarabangsakan; CDRI bertujuan mewujudkan samudara biru di dalam sektor perkhidmatan dengan memainkan peranan sebagai platform untuk pertukaran pengetahuan bagi kerajaan, industri tempatan, ahli akademik dan institut penyelidikan; selain itu membawa masuk sumber-sumber dan kaitan berkuasa bagi memberi cadangan kepada Kerajaan sebagai rujukan untuk membuat keputusan, selain menawarkan rumusan menyeluruh kepada syarikat swasta.

Pameran WOW! Taiwan Selects selesai pada nota tinggi selepas berjaya memperkenalkan produk gaya hidup Taiwan kepada pasaran Malaysia dalam tempoh empat hari acara itu berlangsung. Untuk maklumat lanjut mengenai WOW! Taiwan Selects sila lawati laman web Wow Taiwan Selects

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...