Wow, Populasi Lelaki Lebih Ramai Dari Perempuan Di Malaysia!

Kehidupan

Wow, Populasi Lelaki Lebih Ramai Dari Perempuan Di Malaysia!

Cuba anda teka diantara lelaki dan perempuan di Malaysia sekarang siapa lebih ramai? Pasti anda semua dah dapat agak jumlah populasi antara lelaki dan perempuan.

Untuk pengetahuan semua, Perangkaan Demografi bagi suku tahun pertama 2019 menganggarkan kaum lelaki lebih ramai dari perempuan.

Advertisement

Adakah ini benar?

Ya ini adalah sahih dimana penduduk di Malaysia yang telah dicatatkan pada suku pertama tahun 2019 menganggarkan 32.66 juta penduduk lelaki melebihi perempuan.

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin yang memberitahu bahawa penduduk lelaki dicatatkan dalam tempoh itu berjumlah 16.86 juta, berbanding penduduk perempuan seramai 15.80 juta.

Nisbah jantina adalah 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

 

Daripada 32.66 juta penduduk itu, sebanyak 29.31 juta adalah penduduk warganegara manakala 3.35 juta bukan warganegara.

Selangor mencatatkan komposisi penduduk tertinggi iaitu 6.54 juta orang manakala Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu 92,640 orang.

Jumlah penduduk yang dicatatkan pada suku tahun pertama 2019 itu meningkat 1.1% berbanding 32.29 juta pada suku tahun pertama 2018.

Uzir berkata, bilangan penduduk berumur bawah 14 tahun (umur muda) turun daripada 7.71 juta pada suku tahun pertama 2018 kepada 7.69 juta suku pertama tahun ini, manakala penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (umur bekerja) pula meningkat daripada 22.51 juta kepada 22.80 juta bagi tempoh sama.

Bilangan penduduk umur tua (65 tahun dan lebih) pula meningkat daripada 2.07 juta kepada 2.17 juta bagi tempoh yang sama, katanya.

Trend yang ditunjukkan ini adalah selari dengan negara-negara maju iaitu negara ke arah penuaan penduduk.

Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata sebanyak 116,850 kelahiran hidup direkodkan pada suku pertama 2019 manakala sebanyak 42,647 kematian direkodkan dalam tempoh itu.

Malaysia makin majulah selepas ini sebab jumlah lelaki lebih ramai.

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...