Korang tahu tak KFC ada keluarkan menu baru untuk breakfast?
Dengar cerita menu kali ni lain daripada yang lain. Agak-agak korang benda apa yang KFC sediakan eh?
Siap-sedia korang, KFC bawa Belgian Waffle untuk breakfast tau! Memang sedap ah makan waktu pagi. Lain macam KFC kali ni, memang melawan arus.
Bila ada kelainan ni, barulah syok nak breakfast. Asyik makan benda sama je, apa kata try tekak Eropah pula. Mana tahu ngam?
Tapi takkan lah KFC ada Belgian Waffle je? Mesti ada something yang lain juga kan? Kalau korang nak tahu menu apa lagi ada, jom kita tengok!
Sarapan KFC Ala Belgium!
Kali ini, KFC bukan keluarkan satu menu saja tapi 3 menu sarapan baru yang korang kena cuba di KFC.
1. O.R Breakfast Waffle
Biasanya kita makan waffle dengan madu atau pun sesuatu yang manis. Tapi KFC bawa kelainan dengan Belgian Waffle dimakan bersama O.R Chicken dan Scrambled Eggs. Tak pernah dibuat orang kat Malaysia ni!
Waffle yang rangup, manis serta disapu soft creamy butter memang ekstra padu bila dimakan bersama O.R Chicken dan Scramble Eggs. Sebab tu korang kena try sebab rasanya sedap dan lazat. Betul-betul ekstra luar biasa!
2. Zinger Breakfast Waffle
Nak sesuatu yang lebih berani? Jom cuba Zinger Breakfast Waffle!
Bila sebut Zinger mesti teringat kat Zinger Burger kan? Tapi untuk sarapan kali ni, Zinger Fillet dipadankan dengan Belgian Waffle yang lembut, korang semestinya tertawan dengan kombinasi bukan biasa-biasa ni. Jangan lupa, Scrambled Eggs turut ada untuk memberi kepuasan rasa yang sempurna!
3. Breakfast Waffle Combo
Kalau korang bukan peminat O.R. Chicken atau Zinger Fillet, jangan risau sebab ada Breakfast Waffle Combo jugak!
Belgian Waffle yang lembut dipadankan Minute Maid Refresh Orange bersaiz kecil, semuanya dalam satu set yang pasti buat pagi korang terasa lebih bertenaga dan ceria.
Pesan Sekarang Dengan Aplikasi KFC
Korang dah ada belum aplikasi KFC? Kalau belum, muat turun sekarang di Playstore dan App Store. Pelbagai tawaran menarik serta menu lain yang boleh korang nikmati.
Bukan tu je, korang boleh order untuk delivery atau pick-up bagi setiap pesanan. Kan dah jimat masa pagi korang!
Jadi tunggu apa lagi, jom serbu KFC pagi ni dan nikmati hingga menjilat jari!
Untuk maklumat lanjut, berkaitan menu serta info terkini KFC, layari laman sosial rasmi KFC di Facebook, Instagram dan TikTok.