“Wow Hebatnya 9 Tahun Kena ‘Kejar'” – Isteri Hafidz Roshdi Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyondol?

Hiburan

“Wow Hebatnya 9 Tahun Kena ‘Kejar'” – Isteri Hafidz Roshdi Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyondol?

Setelah sekian lama mendiamkan diri, isteri kepada Hafidz Roshdi, Shuhada akhirnya bersuara mengenai isu kecurangan yang dilakukan suaminya serta wanita yang disyaki menjadi punca, Athira Yuhada.

Dalam satu hantaran di Instagram, Shuhada ada menyenaraikan beberapa poin serta ‘pencerahan’ di sebalik isu hangat yang menimpa mereka.

Advertisement

Shuhada dilihat berterima kasih atas permohonan maaf yang dibuat Athira namun menempelak sikap wanita itu yang cuba meletakkan kesalahan pada orang lain.

Dalam hantaran itu, ibu kepada dua orang anak itu juga memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang dan menyerahkan segala-galanya kepada peguam.

Tambahnya lagi, dia juga meminta agar Athira tidak meletakkan ‘kesalahan’ di atas bahu Hafidz semata-mata kerana ‘bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi’ dan memerli kenyataan wanita itu yang sebelum ini mengatakan suaminya telah mencarinya selama 9 tahun.

Shuhada ada menempelak Athira atas tindakannya itu namun bersedia untuk memaafkan kesalahan wanita itu meskipun berat dan sukar buat dirinya.

Terdahulu, seorang wanita tampil memohon maaf di atas kesalahannya mengganggu rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Shuhada.

Hafidz Roshdi sebelum ini telah dikaitkan dengan cerita kecurangan apabila dia dikatakan ‘kantoi’ bermesej lucah bersama seorang wanita.

Hafidz Roshdi
2 years ago

"Macam Tak Sihat Je" - Buat Video Bukan-Bukan Di TikTok, Netizen Syak Hafidz Roshdi Ada Masalah Mental?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hlive

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...